Wednesday, October 17, 2018

Ujian Kecergasan Jasmani dan Medikal

Ujian Jasmani
- Tekan Tubi 30 kali dalam satu minit
- Mendagu (heaving) paling kurang 5
- Sit Up 30 satu minit
- Lari ulang alik 10 meter (tak pasti berapa second)
- Lompat jauh berdiri
- Larian 2.4km bawah 15 minit. Kalau yg bawah 12 minit lagi cun

Medikal
- Ujian air kencing. Pastikan jangan positif bahan terlarang
- Check filem xray. Untuk pastikan tulang belakang sama ada bengkok atau normal. Yg ni kita tak dapat jangka. Sebab doktor ja yg boleh tau.
- Check buasir dan angin pasang surut. Yg ni kena bogel la hahaha
- Check tinggi, berat dan bmi. Tinggi jangan kurang 162cm untuk lelaki dan 157cm untuk wanita. Bmi perlulah normal.
- Check tapak kaki sama ada normal arch atau flat foot.
- Jangan ada tulang yg patah atau besi. Untuk yg retak, pastikan 2 tahun sebelumnya. Kadang diorang terlepas pandang. Rezeki lah kalau lepas
- Check rabun dan buta warna. Papan uji rabun tu tak jauh mana sangat. Rasa kalau rabun sikit ni boleh lepas. Yg rabun teruk tu memang Nauzubillah
- Pastikan jangan ada penyakit kulit sama ada kurap atau panau. Kalau ada tu, bagi hilang sebelum ke pemilihan. Pakai la minyak merah cap kaki tiga atau sebagainya
- Tangan check jugak sama ada lurus atau bengkok. Untuk keseragaman kawad
- Darah akan diambil untuk pastikan jenis darah
- Check dada untuk tengok ada asma atau penyakit kronik yg lain

Tambahan -
Untuk seminggu sebelum angkat sumpah (bagi yg lapor terus angkat sumpah) akan ada dokumentasi seminggu. Dokumentasi ni isi borang2 nak daftar ke atm, nak buat mytentera (ic tentera) dgn daftar bank apa bagai. Memang banyak mengisi borang ja. Bagi yg pemilihan akhir dua minggu di Ipoh lepastu baru angkat sumpah, dokumentasi akan dibuat selepas angkat sumpah.

Tips Temuduga Kerjaya

Dekat temuduga kerjaya ni, diorang akan tanya biodata kita, latar belakang keluarga kita dan akhirnya dia akan tanya kenapa nak masuk tentera. Sama ada minat atau dipaksa? Jadi sediakan jawapan masing2. Takkan aku nak bagi hint pulak. Susah ar kalau semua aku nak kena hulur hahaha. *Melawak ja noh 😂

Tips Menghadapi Sesi Temuduga (Level Newbie) :

🌏 Temuduga merupakan salah satu cara paling effektif dalam mendapatkan maklumat.

🌍 Perkara wajib persediaan untuk menghadiri temuduga:
👉 Bersedia dari segi mental dan fizikal. Hilangkan. rasa gemuruh yg melampau kerana ianya boleh menyebabkan seseorang hilang fokus dan 'blank' 🤤😭😵😡.
👉 Study latarbelakang organisasi yg berkenaan sebagai tanda minat 💯🏁.
👉 Cari ilmu berkenaan post/jawatan yg dipohon dan kaitkan dgn diri anda dari segi kelayakan dan kesesuaian 🚩🕌🕋.
👉 Cari Big Why kenapa anda sangat inginkan post/jawatan atau menyertai organisasi tersebut dan kenapa organisasi tersebut akan rugi jika tidak menerima anda 😁😁.

🌎 Apa yg Penemuduga Cari sebenarnya?
🔎 Pengalaman.
🔎 Kematangan.
🔎 Kesesuaian.
🔎 Minat.
🔎 Kelebihan dan Kekurangan Calon. (Soft skill, Level of knowledge, ETC).

🌍 Apa yg perlu calon buat?
✔ Buat persiapan seperti yg dinyatakan di atas nun disana 👆.
❤ Call emak dan ayah...minta doakan kejayaan sbb doa dorang makbul...doa ko x tentu lgi 😂😂😂.
☢ Solat Sunat bebanyak...Taubat, Dhuha, Ishtikharah, Hajat, Tahajjud dan perkara2 sunat lain....yg wajib x pyh la tanya....klu da sunat nk kena banyakkan yg wajib lagi la 😡😡😡😁😁😁.
💟 Last skali...masuklah ke bilik temuduga dgn konfiden dan semangat dalam masa yg sama merendah diri...ko yg nk cari keja jadi ko yg kena jawab soalan bkn ko plak yg banyak bertanya siap salahkan penemuduga lgi...mmg tak lah org nak ambik ko....🤣🤣🤣
😇 Wahai Calon....jawablah semua soalan dgn yakin dan lancar serta semua jawapan hendaklah dtg dri hati yg tulus ikhlas. Percayalah bahawa org tahu ko nipu ke cakap betul. Ko akan susah klu start menipu sbb ko kena menipu lagi utk cover up penipuan ko yg sebelumnya....so brapa banyak menipu ko larat nk buat....confirm kantoi apatah lgi klu tukang interview tu perempuan sbb perempuan mmg pakar bab2 kantoikan penipuan ni 😅😅😅.

Semoga perkongsian ni dapat mberi manfaat kepada semua....insya Allah.

#ubahpersepsiunlockpotensi

Untuk ujian jasmani dan medikal ada di artikel seterusnya 👉